Pages

Wednesday, June 1, 2016

upgrade td04l 13t kepada 19t

Post kali ini berkenaan dengan upgrade turbo td04l
Setelah sekian lama menggunakan td04 13t hampir 5 tahun,kali ini mengupgrade 13t kepada 19t.
Caranya dengan menukar compressor wheel kepada yang kecil (13t ) kepada yang besar sikit (19t).Power band akan lambat sikit atau lag.13t full boost pada 4k rpm dan 19t menjadi 4.5k rpm.So kira ok la nak power lebih lag mesti la lebih.

compressor wheel ini telah di beli On line daripada CT turbo dan mengambil masa 2 hari untuk menerimanya
inilah dia compressor wheel 19t dan juga housing nya sekali.Housing kena tukar sebab 19t adalah besar dan tidak muat.

turbo ini dibuka dari pada manifold.Hanya buka CHRA nye sahaja.
So inilah dia,,perbezaan wheel 13t dan 19t

 setelah dipasang wheel 19t ini,,adoiii didapati ia tidak ngam dangan housing bearing,maka ia perlulah dibuat sedikit modifikasi agar wheel ini ngam .
oleh itu,modifikasi dibuat untuk membesarkan housing ,ia dibuat dengan menggunakan machine CNC lathe.

so housing bearing telah dibesarkan kan
so ia telah ngam ,dan pasang housing wheel.

 Setelah memasang hausing wheel..Turbo ini akan dipasangkan kembali pada manifold
Last sekali,engine perlu di retune semula .Retuning adalah wajib kerana 19t punya peel dah tak sama macam 13t. Sekian ....







Sunday, January 24, 2016

DIY-compression test

Assalamualaikum.....

Pada hari ini,saya ingin berkongsi serba sedikit DIY  Compression Test
pada kereta gen2.Kebiasaan saya melakukan setiap 3 bulan bagi memeriksa keadaan enjin samada beroperasi secara normal atau tidak.


1.Saya menggunakan  Tester Kit brang king toyo t.harga yang saya beli dalam RM 150 sahaja.Ia boleh dibeli di kedai mechinery.Sebelum itu.Warm up kan dahulu enjin dalam 5 minit.




2.Keluarkan Fius Fuel Pump bagi memastikan fuel pump tidak ON semasa kita Cranking enjin ketika melakukan testing compression pada selinder.
 


3.keluarkan kesemua Spark Plug.



4.Masukkan plug tester dan ketatkan pada lubang spark plug.



5.  Crank enjin sehingga bacaan pada meter tester sudah tidak menunjukkan pertambahan bacaan.Ulangi proses yang sama pada silinder no.2,no 3 dan no.4.Pada setiap ujian yang diambil haruslah dicatit untuk membuat analisa.

6.Catitkan bacaan  setiap selinder.Setelah bacaan dianalisa,didapati keadaan enjin saya adalah normal kerana perbezaan setiap selinder tidak melebihi 10%.Bacaan yang diperolehi adalah 170psi pada setiap selinder .So kira normal la kerana enjin ini telah di rendahkan compression kerana boosting 1 bar.



7.PAsang semula fius fuel pump and spark plug dan selesai.