Pages

D.I.Y

Content
1. D.I.Y Install Oil Cooler Kit
2.Grounding Cable
3.Upgrade Servo Brake


DIY install oil cooler kit @ Proton Gen2 campr


Oil Cooler atau penyejuk minyak engin merupakan pilihan yang baik bagi memastikan minyak engine tidak panas melampau dan menurunkan kualiti minyak semasa injin beroperasi,Keperluan dikira wajib jika pemanduan selalu pada pada RPM yang tinggi .Di sini saya nak berkongsi pengalaman memasang Oil cooler ini pada kereta Gen2.Kereta Gen2 saya telah Bolt On Turbo,jadi pada fikiran saya ia dikira jatuh hukum wajib pasang Oil cooler.

1.Oil Cooler Kits



Oil cooler kit ini saya beli  RM 350 dekat DD Performance di Sunway.Jikalau upah pasang kena tambah RM 100.Jadi saya buat keputusan untuk pasang sendiri untuk jimatkan duit.maklum la zaman sekarang ni kena berjimat ikut saranan mama kita datin Rosmah Mansur.Oil cooler yang saya pilih adalah 10 row (saiz sederhana).Ia lengkap dengan braided hose,An fitting,adaptor sandwich.Sebelum itu saya p beli bracket dan bolt/nut saiz 10mm untuk mengikat oil cooler ini pada kereta nanti.

2.Buka Bumper



Bumper kereta perlulah dibuka terlebih dahulu.Cara nya tidak susah,Nut n bolt ada dekat bawah fender dan clip pada bahagian atas bumper

3.Ikat atau gantung cooler

saya lebih suka letak cooler dekat tepi dari letak bersama dengan radiator kerana wap panas cooler nanti tidak meresap masuk ke radiator fin.



4.Pasang hose pada cooler

 Kedudukan cooler pun boleh diletak dihadapan radiator .
 bracket  diikat pada bolt headlight

5.Pasang Adaptor Sandwich


6.Pasang semula bumber

Cooler yang  letak tepi seperti ini,maka Forklamp sebelah kanan tidak boleh dipakai  kerana lubang itu digunakan untuk saluran angin masuk untuk menyejukkan cooler.




saya potong bumper ni dan letak jaring plastik,,,,


Sekian...........selamat mencuba





DIY INSTALL GROUNDING CABLE AT proton GEN2 (campro)

Wire ni boleh dibeli dekat kedai hardware harga dalam Rm3.5/meter dan cable lux dalam rm2.50/pc.Boleh la beli dalam 4Meter pun dah cukup untuk 5 point grounding.
GROUNDING WIRE: 300AMP (WELDING CABLE)
jadi kiraan kos:

  • cable 4M= rm 3.5 x 4= rm 14
  • cable lux= rm 2.5 x 10= rm 25
  • bracket  = rm 5
  • bolt n nut = rm 3
  • black tape= rm 2
  • total kos= rm 49




wire siap pasang cable lux

jenis wire (300amp)welding cable

cable lux dibalut backtape


keadaan engin sebelum pasang grounding cable

terminal negetive

bracket

 cable diikat pada bracket di terminal negetive



Point-point grounding 

point 1( firewall/body)

point 2 (intake)

point 3 alternator

point 4 body dekat lampu kanan

point 5 body dekat lampu kiri








selesai,,,,,,,,,selamat mencuba



UPGRADE SERVO BRAKE 

Servo brake Gen2 1.6 (single layer)


servo brake Nissan Cefiro (double layer)




  Setelah dipasang (double layer nissan cefiro servo) pada gen2,just plug n play je.Untuk kematapan yang baik,kaedah paling murah dan berkesan adalah hanya dengan menukar servo brake kepada double layer.Gen2 double layer yang boleh ngam adalah nissan ,evo ,Honda CRV pun boleh.Kos p beli dekat hafcut dalam RM150-RM200 sahaja,


No comments:

Post a Comment