Pages

Sunday, January 24, 2016

DIY-compression test

Assalamualaikum.....

Pada hari ini,saya ingin berkongsi serba sedikit DIY  Compression Test
pada kereta gen2.Kebiasaan saya melakukan setiap 3 bulan bagi memeriksa keadaan enjin samada beroperasi secara normal atau tidak.


1.Saya menggunakan  Tester Kit brang king toyo t.harga yang saya beli dalam RM 150 sahaja.Ia boleh dibeli di kedai mechinery.Sebelum itu.Warm up kan dahulu enjin dalam 5 minit.




2.Keluarkan Fius Fuel Pump bagi memastikan fuel pump tidak ON semasa kita Cranking enjin ketika melakukan testing compression pada selinder.
 


3.keluarkan kesemua Spark Plug.



4.Masukkan plug tester dan ketatkan pada lubang spark plug.



5.  Crank enjin sehingga bacaan pada meter tester sudah tidak menunjukkan pertambahan bacaan.Ulangi proses yang sama pada silinder no.2,no 3 dan no.4.Pada setiap ujian yang diambil haruslah dicatit untuk membuat analisa.

6.Catitkan bacaan  setiap selinder.Setelah bacaan dianalisa,didapati keadaan enjin saya adalah normal kerana perbezaan setiap selinder tidak melebihi 10%.Bacaan yang diperolehi adalah 170psi pada setiap selinder .So kira normal la kerana enjin ini telah di rendahkan compression kerana boosting 1 bar.



7.PAsang semula fius fuel pump and spark plug dan selesai.