Assalamualaikum ..
Haltech Platinum Sprint 500 merupakan ECU yang beroperasi secara standalone tetapi untuk pemasangan kereta kegunaan harian , ia perlulah beroperasi secara parallel atau selari dengan ECU asal supaya fungsi lain seperti Aircon ,Idle dan sebagainya tetap berfungsi. Sp500 tiada features untuk mengawal idle (stepper motor 4 pin atau 6 pin),tetapi hanya untuk kawalan open loop dengan menggunakan valve PWM.
Kaedah pemasangan ini seperti yang ditunjukkan adalah dipanggil Piggyback Style di mana wire seperti input water temperature,Air intake Temperature,CAM sensor,Crank Sensor, Voltage supply 12v dan O2 sensor,TPS hanya di loop atau tap sahaja pada wire asal ECU stock dan tidak perlu dipotong. Ini kerana ECU asal perlu semua input ini supaya ia dapat berfungsi untuk kawalan aircon,kipas radiator dan kawalan untuk Idle(stepper motor).Fuel Pump juga kita tidak perlu untuk potong wire asal ECu dan biarkan ECU asal mengawal fungsi Fuel Pump tetapi seandainya kita hendak Haltech yang kawal pun tiada masalah dengan hanya menyambung Fuel pump pada Haltech.
Bagi wire untuk Injector dan Ignition, ia perlu dipotong dan disambung kan pada Haltech seperti gambarajah di bawah. Oleh itu operasi pembakaran enjin dan prestasi sepenuhnya dikawal oleh Haltech.
Berdasarkan diagram di bawah, wire untuk supply voltage dan Ground untuk setiap sensor adalah tidak perlu disambung pada Haltech kerana setiap sensor itu sendiri telah pun mempunyai supply voltage dan ground pada ECu stock dan di telah ground pada body kereta. Kita hanya perlu tap atau loop wire signal sahaja masuk ke Haltech.
Bagi sensor IAT(intake air temp), seandainya tidak mahu membeli lain,boleh la dipakai sensor yang sedia ada yang mana ia berada dalam Casing MAF sensor.Maka MAF sensor tidak boleh la dibuang atau dicabut dan jikalau dicabut Haltech tidak ada input IAT .
Diharap perkongsiaan ini dapat membantu pada mereka yang ingin DIY pemasangan dan penyambungan Haltech Sp500 .
Wiring Diagram Haltech Sprint 500 and Stock ECU
ECU Pin Out EVO1-3
Haltech Sprint 500 Wiring Diagram