Pages

Tuesday, November 3, 2020

Blow Off Valve TIDAK SESUAI Pada Yang Menggunakan MAF sensor

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya berdepan dengan masalah enjin mati selepas boosting apabila kita off throttle dan membrek.

    Masalah yang berlaku pada kereta saya (putra bernadi evo2) adalah kereta akan stall selepas boost spool atau boosting apabila throttle off dan gear diletakkan dalam neutral. Keadaan ini biasa kita akan buat apabila kita cuba berhenti di lampu isyarat atau pun dipersimpangan.Off Throttle dan semasa membrek dan klac ditekan juga enjin akan stall apabila selepas boosting.




Banyak perkara yang telah saya buat untuk troubleshoot masalah ini antaranya,

1.Periksa TPS setting

 TPS setting saya periksa hanya dengan menggunakan multimeter di mana bacaan dalam range standard masa Throttle Close mestilah dalam 0.522-0.723 (standard value manufacturing).



setelah diperiksa,bacaan adalah voltage pada TPS adalah 0.61V. Oleh itu saya pun laras sikit menjadi 0.66V. Selepas selesai, saya pergi pandu uji kereta dan masalah enjin stall masih lagi berlaku.


2.Periksa AICV atau Stepper Motor

- Pemeriksaan bacaan Ohm pada Stepper motor mestilah antara 30-40ohm untuk pin di bawah

    a) pin 1 dan pin 2 = 31

    b) pin 2 dan pin 3 = 30

    c) pin 4 dan pin 5 = 30

    d) pin 5 dan pin 6 = 30

semua bacaan adalah normal dan saya buka dan cuci AICV juga dan setelah di pandu uji, masalah masih lagi berlaku.





3.Tuning Anti Stall Engine dalam Emanage Blue

    Saya cuba untuk menyelasaikan masalah stall ni dengan membuat tuning pada Piggyback Emanage blue. E-manage ada fungsi Anti Stall engine  yang mana ia bertujuan untuk mengelak enjin mati pada idle jikalau kita pakai HIghcam ataupun  pakai BOV.



Dalam Emanage ini, saya telah cuba tuning Anti stall Engine map ini, tetapi masih lagi tidak dapat menyelesakan masalah yang berlaku.


4.Tukar Blow Of Valve

    Waktu ini saya pakai BOV jenis Greddy Type R di mana ia sangat besar dan spring pom keras walaupun minima setting. Saya cuba tukar kepada jenis HKS SSQV yang mana ia sesuai untuk pemanduan harian tetapi masalah masih berlaku.Pada permulaan saya cuba ketatkan spring BOV sehingga dapat rasa compressor surge .





5.Tukar Camshaft (highcam) kepada Stock Camshaft

    Setelah semua usaha sebelum ini tidak berhasil , saya mencuba menukar Camshaft (272/278) kepada OEM atau stock yang mana ia berkemungkinan boleh menyebabkan enjin akan stall semasa off throttle selepas boosting . Setelah selesai ternyata masalah masih lagi  berlaku.




5.Tukar  Air flow Sensor 

     Air flow sensor juga berpotensi menyebabkan masalah ini, maka saya tukar kepada sensor yang lain yang dibeli daripada kedai hafcut. Harganya RM 150 dan berharap masalah enjin stall dapat di atasi tetapi malangnya masih belum diselesaikan




    6.Recirculate BOV kepada intake

            Saya banyak mencari maklumat dalam google berkenaan dengan masalah enjin stall selepas boosting apabila off throttle ini dalam forum DSM dan sebagainya dan banyak yang berkata untuk kereta yang menggunakan MAF tidak boleh pakai BOV. Konsepnya apabila Throttle Off angin akan keluar ke atmosfera melalui BOV dan ECU tidak tahu maka jumlah fuel yang banyak masih lagi di pancut ke enjin.Oleh itu campuran nisbah angin dan petrol akan jadi rich mixture dan boleh menyebabkan enjin akan stall.

        Saya mencuba dengan mengitar balik udara yang dikeluarkan masuk balik ke paip intake selepas MAF sensor dan sebelum turbo. Kaedah yang saya buat adalah dengan membuat modifikasi pada HKS BOV dan membuat lubang pada pipe intake.








        Hasilnya selepas saya memandu uji, tiada lagi masalah enjin akan mati selepas boosting dan throttle dilepaskan. Alhamdulillah walaupun banyak perkara saya telah mencuba dan banyak masa saya gunakan untuk mengatasi masalah ini, tapi saya rasa puas .

    Dengan running recirculate maka tiada lagi bunyi "Kecing Kecing".Tapi tiada apa yang penting selesa pada pemanduan

      Secara kesimpulan di sini saya boleh katakan untuk kereta yang pakai MAF sensor tidak boleh menggunakan BOV tetapi perlu recirculate angin yang keluar masuk ke intake pipe selepas MAF sensor. Jikalau ingin juga angin dilepaskan keluar maka ia perlu menggunakan MAP sensor yang mana perlu menggunakan ECU standalone seperti Haltech, Link G4 dan sebagainya. Tapi ia memerlukan kos yang tinggi sekitar RM 3500-RM 4500.

Sekian terima kasih.





Monday, March 30, 2020

Assalamualaikum..entry kali ini berkaitan dengan membuat Water Spray pada intercooler,Tujuannya adalah supaya memastikan suhu air intake tidak tinggi sampai  50 cc semasa boosting.Seandainya suhu ini tidak dikawal.Maka kesan se



Saya menggunakan hose vacuum sahaja.Nozzle washer saya beli dekat spare part rm 15/pc.







Sunday, December 17, 2017

tukar saiz pipe exhaust

Assalamualaikum....

Post kali ini adalah berkaitan dengan penukaran saiz pipe ejos,Currently ejos pipe adalah 2.5 inch dan saya tukar kepada saiz 2.2 inch.

Tujuan saya tukar kepada saiz yang lebih kecil adalah untuk kurangkan lag dan more respone atau spool.Sebelum ini setup saya adalah 1 bar boost dan HP sebanyak 200whp.Jadi sekarang ini saya telah tukar setup kepada 0.7bar,dan anggaran 170whp ...,so xda masalah lah jikalau menggunakan saiz pipe yang kecil sikit.

                                                   



 Kedai exhaust yang saya pilih adalah dekat  Sentosa ,Klang,.Kedai ini harga pun berpatutan...Tak la mahal atau Murah......


sekarang ni mane nak dapat harga murah,,,,hahahahah


Selepas siap ,saya test...ermm memang ada perubahan  pada low end power,,,Boost pun nampak cepat je masuk untuk full...





Total kos semua adalah rm 690...



Sekian,,,,

Monday, July 31, 2017

setup selonoid boost control with haltech

Assalamualaikum.....

Kongsian kali ini adalah berkenaan dengan setup atau pasang selonoid valve boost controller.Sebelum ini saya menggunakan mekanikal boost controller turbosmart.Saya beli valve selonoid MAC ini Online sahaja.




Kelebihan menggunakan selonoid valve untuk kawal boost adalah kerana ia lebih respone dan turbo cepat spool.







Pendawaian pada ecu Haltech adalah tidak susah.Satu wire disambung kepada pin out haltech no.8 dan satu lagi kepada ignition switch.


selepas pendawaian siap.boleh la ditala mapping boost ini.



sekian ,....










Wednesday, January 18, 2017

Sistem fuel pump kereta Proton Gen2


Assalamualaikum,,,

Ramai diantara kita terutamanya pengguna kereta gen2 atau waja campro mempunyai masalah kereta tidak dapat dhidupkan dan terus dalam kepala mengatakan fuel pump dah Kong.

-Setelah ignition switch di hidupkan ,sepatotnya fuel pump akan ON dimana kita boleh dengar bunyi dibawah seat belakang.Seandainyanya ia tidak berbunyi, sah lah fuel pump tidak dapat di ON.

-Ok,fuel pump tidak dapat di ON,adakah ia telah rosak?.Jadi kita kena periksa .Jikalau kita terus kata ia memang fuel pump dah kong dan terus p beli baru..maka itu tindakan yang mungkin akan menrugikan diri sendiri.

-Seandainya perkara seperti ini berlaku,

1.Kita periksa fuel pump itu samada volt sampai ke tidak pada fuel pump...kita boleh gunakan test lamp atau multimeter..dekat fuel pump socket ada 4 pin.Test pada pin yang no.2 dan 3...no 1 dan 4 adalah untuk fuel level .

2.Seandainya Volt ada,maka sah lah fuel pump itu yang dah rosak.Tetapi senadinya volt tiada,maka kemungkinan wire putus atau pun relay fuel pump yang dah rosak

3.Oleh itu boleh rujuk gambarajah di bawah untuk trace satu persatu jikalau volt tidak sampai kepada fuel pump