Pages

Friday, December 18, 2015

Knock gauge (gizzmo klite) dan Wideband (innovate)



Keperluan meter-meter tambahan adalah perlu dalam memantau kondisi engine semasa ia beroperasi.
kalau nak diikutkan banyak jenis-jenis meter yang boleh ditambah pada kereta tetapi saya hanya memilih beberapa meter sahaja.

1.Boost Meter(Jasma)
  • Booost meter ini adalah untuk melihat tekanan turbo yang digunakan semasa ON boost atau OFF boost.Seandainya tekanan turbo tidak pada target atau terlebih atau kurang dari value yang disetkan,maka ia mungkin ada masalah pada kebocoran pada piping,intake manifold,exhaust manifold dan sebagainya.Boost Meter yang saya pakai jenis Jasma.Bukan yang ori pun,tapi ok reading pun tepat dan dah lama pakai dalam 3 tahun dah




2.AFR (air fuel ratio) Wideband(Innovate )
  • Keperluan meter ini pada saya adalah sangat penting bagi memantau campuran fuel dan air.Campuran fuel dan air yang tidak tepat boleh menyebabkan engin kabooom semasa boosting dan mencairkan piston.Selain itu juga ia berguna untuk sesi tuning untuk set target campuran fuel yang dikehendaki.
  • value yang saya setkan adalah seperti berikut
  • full boost = 11.5:1
  • idle =14.5;1
  • cruise 15.5;1


                                  

3.Knock Gauge (Gizzmo Klite)

  • Meter ini jarang digunakan oleh kebanyakkan pengguna kereta kerana sukar untuk diperolehi atau dibeli kerana tiada dalam pasaran tempatan.Harga gauge ini boleh tahan RM 1200++ beli dari Australia melalui EBAY.
  • Kegunaan guage ini adalah untuk memantau tahap Knocking pada engine yang mana mungkin disebabkan oleh campuran minyak yang lean,ignition advance tinggi,over boost dan sebagainya.
  • Jadi dengan adanya gauge ini,tidak perlu risaula pasal knocking.

4.Water Temperature Gauge(NRG)
  • Sebenarnya pada panel meter OEM sudah ada temperature gauge dan secara logiknya tidak perlu.
  • Tetapi kereta saya,OEM temperature gauge sudah rosak,maka saya tambah dengan after market meter .Brand yang saya guna adalah NRG .





No comments:

Post a Comment